
Ada kelebihannya bagi wanita yang bertudung...bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, haaa...bertudung ni juga membantu kita wahai wanita2 sekalian...APE DIA? Sebenarnya kalau anda nak tahu bertudung juga melindungi rambut daripada persekitaran yang tercemar sekaligus dapat mengekalkan kesihatan rambut.
TAPI...jgnla xjg lgsung rambut tu...tak cuci, tak sikat...nnti kang jd tempat penternakan kutu plak...kelemumur berlapis2...dah tergaru2 mcm beruk....Haa...kn xselesa jadinye...
Jom kita baca tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung...
1.Cuci
Rambut Setiap Hari
Jika anda
biasanya mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Jika anda
bertudung, memang tidak sesuai jika anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan
ini akan menjadi lebih teruk jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi
sebelum ke tempat kerja. Tidak kira panjang mana sekali pun rambut anda, ia
tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan
tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering
dengan sempurna secara menyeluruh.
PETUA: Cucilah rambut anda sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Lebih
afdhal, cucilah rambut anda pada waktu petang, sebaik sahaja anda pulang dari
kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara
semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan
tuala.
2. Pilih
Kain Tudung Berfabrik Lembut
Pilihlah
fabrik lembut untuk tudung anda. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung
yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut anda.
PETUA: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung
betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.
3. Sentiasa
Merawat Rambut
Sebulan
sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika
anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat.
4. Atasi
Masalah Rambut Jika Ada
Apapun
masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan
sendirinya. Kalau anda tidak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di
salun, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang
sesuai untuk anda. Masalah rambut kadang-kadang bukan disebabkan oleh cara anda
menjaga dan mengendalikanya sahaja, bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit
lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari
penyelesaianya.
PETUA: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan
maklumat yang betul dan tepat mengenai cara mencuci dan membilas rambut dengan
sempurna. Cucian bukan setakat mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali
lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya
dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut
mudah rosak.
5. Berehat
Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik
sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, terus buka tudung
anda dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika
dalam masa 1/2 jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar
kering. Sebaiknya, bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke
seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau pun jangan
pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
PETUA: Sebaik-baiknya anda perlu berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa
kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah
penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan
rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan
sempurna.
credit : nurazizahyahaya
No comments:
Post a Comment