Showing posts with label asid folik. Show all posts
Showing posts with label asid folik. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

Prenatal Vitamin - Suplemen dan dos yang diperlukan

wahai ibu...jangan merungut makan suplemen yer, ia makanan tambahan untuk dirimu dan si kecil dalam rahimmu ibu....
Wanita hamil perlu tahu bahawa mereka berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim. Oleh itu, wanita hamil perlu mendapatkan bekalan nutrisi secukupnya seperti vitamin dan mineral tambahan. Tapi tidak bermakna dengan pengambilan suplemen ibu boleh meninggalkan pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air. No, no, no.....

Prenatal vitamin umpama "seat belt" untuk ibu. Ia tidak menjanjikan anak yang bakal dilahirkan tidak mengalami masalah kesihatan atau kecacatan. Sekurang-kurangnya ibu hamil telah mencuba 'berikhtiar' melindungi diri dan anak, memberikan yang terbaik untuk ibu dan anak. Kita hanya merancang tapi Tuhan Yang Maha Esa menentukan segalanya.

Suplemen ibu hamil haruslah mengandungi vitamin A, zat besi(iron), asid folik dan Omega-3. Ibu-ibu perlu pastikan bahawa suplemen yang anda  ambil tidak melebihi dos yang sepatutnya ibu hamil ambil.

ASID FOLIK
  • PENTING bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dari awal kehamilan
  • sebaiknya diambil sebaik persenyawaan  berlaku bagi MENGHALANG kecacatan Neural Tube disamping membantu  pembentukan saraf dan sel-sel lain
  • oleh itu digalakkan diambil sebaik sahaja berkahwin kerana ada berlaku kehamilan tidak dirancang (bunting pelamin la tu)
 Dos dicadangkan                :   400 mcg/day 

Dos vitamin Shaklee           :  200 mcg/kapsul (B-compleks Shaklee)
                                                200 mcg/kapsul (Vita-lea Iron Formula Shaklee)      


Kurangkan risiko bayi menghidap Spina Bifida dengan mengambil suplemen yang mengandungi 400 mikrogram daripada masa kita cuba untuk hamil sehingga usia kehamilan tiga bulan dan teruskan sehingga melahirkan.

ZAT BESI (IRON)
  • PENTING untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh
  • KURANGKAN risiko kelahiran pramatang
  • TERLEBIH ambil dos boleh menyebabkan sembelit dan pedih perut
  • PENGGANGGU serapan zat iron adalah ikan, daging merah, hati, produk tenusu seperti susu, mentega atau keju dan suplemen kalsium. **(ambil sejam sebelum atau 2 jam selepas makan dan iron tidak boleh di makan dengan kalsium)
Dos dicadangkan           : 18 mg/day (wanita tidak hamil)
                                       : 27 mg/day (wanita hamil)

 Dos Vitamin Shaklee    : 9 mg/kapsul (Vita-lea Iron Formula)


KALSIUM
  • PENTING bagi pembentukan tulang dan gigi
  • KEKURANGAN kalsium, ibu hamil terdedah kepada risiko preeclampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan ank dalam rahim
  • suplemen kalsium yang diambil perlu mengandungi Vitamin D dan Magnesium

Dos dicadangkan           : 1000 mg/day (wanita tidak hamil)

 Dos Vitamin Shaklee    : 225 mg/kapsul (Vita-lea Iron Formula)
                                         500 mg/hidangan (Energizing Soy Protein)
                                         250 mg/kapsul (Ostematrix)


OMEGA-3
  • PENTING bagi perkembangan otak, pembentukkan sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik
  • ikan Salmon adalah sumber terbaik omega-3 tetapi dikhuatiri boleh menyebabkan keracunan merkuri kerana pencemaran sungai di US

Dos dicadangkan           : 200-300 mg/day (wanita hamil dan menyusukan anak)

 Dos Vitamin Shaklee    : 330 mg/kapsul (Omega Guard)
                                       

VITAMIN A
  • PENTING bagiperkembangan fizikal, penglihatan dan daya tahan tubuh
  • TERLEBIH dos boleh menyebabkan kecacatan pada bayi

Dos dicadangkan           : kurang @ sama dengan 5000 IU/day (wanita tidak hamil)

 Dos Vitamin Shaklee    : Vitamin A as beta carotena 1250 IU/kapsul (Vita-lea Iron Formula)
                                         Vitamin A as Vitamin A acetate 1250 IU/kapsul (Vita-lea Iron Formula)
                                    




...........................................................................
  Sebarang pertanyaan 
dan
untuk dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya;
[Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak dan juga luar negara bagi yang berminat]





Monday, July 15, 2013

Persediaan sebelum hamil

 Soalan

SAYA baharu sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan yang lepas. Kami tidak mengamalkan mana-mana kaedah perancang keluarga. Kami berdua telah bersedia untuk menimbang cahaya mata. Mohon doktor berikan penjelasan berkenaan persediaan yang perlu kami lakukan sebelum seseorang wanita itu hamil. Terima kasih
* Nina, Kuala Lumpur

Jawapan

Sebelum seseorang wanita bersedia untuk hamil, beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Antara perkara tersebut termasuklah diet, pemeriksaan kesihatan, senaman dan kesan merokok dan stres.
DietDiet seimbang ialah amalan yang amat baik. Diet haruslah dipelbagaikan untuk menjadikannya lebih menarik. Anda tidak perlu merasa bersalah sekiranya sesekali anda melanggar diet anda.

Pengambilan sayur-sayuran hijau yang tinggi asid folik amat digalakkan. Setiap wanita dicadangkan mengambil suplemen asid folik sebanyak 0.5 miligram sehari selama beberapa bulan sebelum mengandung untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural (terutamanya spina bifida) terhadap bayi. Terdapat perkaitan antara pengambilan asid folik dengan pengurangan kecacatan terbabit dalam kalangan bayi.
Wanita yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil dos asid folik yang lebih tinggi iaitu 5 miligram sehari. Mereka ialah wanita-wanita yang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit epilepsi, kerap mengalami keguguran dan mempunyai ahli keluarga yang mengalami atau mempunyai bayi dengan kecacatan tiub neural atau spina bifida.

Pemeriksaan
Selepas sejarah riwayat pesakit diambil, pemeriksaan seterusnya termasuklah pemeriksaan rahim. Pemeriksaan rahim wanita adalah tidak lengkap tanpa pemeriksaan faraj atau vagina. Pemeriksaan faraj ialah suatu perkara yang agak sensitif. Mungkin ada sebilangan kecil wanita yang tidak membenarkan doktor menjalankan pemeriksaan ini disebabkan oleh perasaan malu. Pemeriksaan ini bertujuan mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pemeriksaan juga untuk memastikan sama ada terdapat ketumbuhan di rahim atau ovari.
Pada masa yang sama ujian Pap smear biasanya akan dilakukan. Ujian Pap smear harus dilakukan. Sila hubungi doktor anda untuk menjalankan ujian Pap smear. Setiap tahun selama tiga tahun berturut dan sekiranya keputusan normal, boleh dilakukan setiap tiga tahun.

Selain pemeriksaan faraj, wanita juga perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi pada abdomen. Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan sama ada rahim wanita adalah normal atau terdapat ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya. Ia juga untuk mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan ('anteverted') atau ke belakang ('retroverted'). Ujian imbasan ultrabunyi melalui faraj perlu dilakukan untuk mengetahui dengan lebih jelas pembesaran telur, ketebalan dinding rahim dan sebagainya.

Senaman
Senaman ringan yang berkala amat digalakkan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa senaman berat tidak patut dilakukan lebih daripada empat kali seminggu semasa kehamilan. Kajian juga menunjukkan senaman berat yang kerap (contohnya latihan atlet) boleh mempengaruhi kitaran haid dan kesuburan.

Kesan rokok
Terdapat perkaitan antara merokok dengan kesuburan dalam kalangan wanita. Anda sepatutnya mengetahui bahawa merokok boleh membahayakan kesihatan anda dan bayi yang akan dikandung. Merokok boleh menyebabkan pelbagai masalah ketika hamil dan boleh mempengaruhi pertumbuhan bayi serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di kalangan kanak-kanak. Hal ini termasuklah penyakit asma atau lelah, jangkitan kuman di paru-paru dan sebagainya.

Stres
Tiada bukti yang jelas tentang perkaitan antara stres dengan kesuburan kerana ada sesetengah wanita masih mampu hamil di saat yang paling stres dalam kehidupan mereka dan ada yang tidak kerana mungkin terdapat perubahan pada aktiviti seksual dan ovulasi mereka pada waktu itu.

Anda digalakkan berkongsi masalah dengan pasangan atau teman rapat. Sekiranya anda memerlukan lebih bantuan, anda perlu mendapatkan khidmat doktor atau kaunselor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130421/kn_01/Persediaan-sebelum-hamil#ixzz2XxlUXMAm
© Utusan Melayu (M) Bhd

..........................................................................
  Sebarang pertanyaan 
dan
untuk dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya;
[Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak dan juga luar negara bagi yang berminat]


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...