Doa Amalan

Doa Murah Rezeki ( amalkan 3 kali selepas solat )








DOA DAN AMALAN BAGI IBU MENYUSU

" Ya Allah....permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...Amin !! "

Surah Al-Hujurat & Al-Kautsar
juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga Allah s.w.t murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimanapun, jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah Al- Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada payudara dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah !!


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: " Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (diantara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


Selain itu, amalkanlah berzikir dengan kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70X pada setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah, InsyaAllah susu badan akan bertambah jika kita istiqamah dengan amalan yang tersebut di atas...









Doa Nabi  Zakaria Memohon Diberi Anak yang Sholeh

 Ø±َبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙŠ Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ Ø°ُرِّÙŠَّØ©ً Ø·َÙŠِّبَØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ سَÙ…ِيعُ الدُّعَاءِ
 Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’yunin, waj’alna lil muttaqiina imaama.

Artinya: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74).

 Doa Nabi Ibrahim a.s. ketika belum punya anak:
 
 Ø±َبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙŠ Ù…ِÙ†َ الصَّالِØ­ِينَ
Rabbi hablii min ash-shalihiin.

Artinya: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. (As-Shaffat: 100)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...