Tuesday, September 4, 2012

KENAPA PERLU MINUM AIR MASAK?

Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keper
luan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.

Amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.



BILA PERLU KITA MINUM AIR MASAK?

sebelum masuk tidur : kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur

sebelum mandi : dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.

sejurus bangun dari tidur : dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.

30 minit sebelum menjamah makanan : terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit. Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...